Pasukan Bola Sepak Argentina Disiasat FBI Berhubung Dakwaan Penipuan dan Pengubahan Wang Haram

FootballSports
9 Jul 2026 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 09T113649.338

Pihak pentadbiran bola sepak Argentina kini berdepan laluan berliku di luar padang apabila Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dilaporkan sedang berada di bawah radar Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Siasatan berkenaan dibuat berhubung dakwaan penipuan kewangan serta aktiviti pengubahan wang haram yang melibatkan operasi perniagaan badan induk itu di AS.

Menurut laporan media tempatan Argentina, La Nacion, siasatan persekutuan yang turut melibatkan pendakwa raya Amerika Syarikat itu memberi tumpuan khusus kepada transaksi kewangan AFA yang dikendalikan menerusi sebuah syarikat berpangkalan di Florida, iaitu TourProdEnter LLC.

images 17

Pihak berkuasa AS kini sedang meneliti aliran dana yang dianggarkan melebihi AS$300 juta (sekitar RM1.4 bilion), hasil daripada penajaan serta hak komersial AFA yang disalurkan melalui beberapa akaun bank di negara berkenaan.

Antara fokus utama penyiasat adalah untuk mengesahkan sama ada setiap transaksi dan urus niaga yang dibuat mempunyai justifikasi perniagaan yang sah atau wujud pelanggaran undang-undang perbankan dan kewangan AS.

Masih Di Peringkat Awal

Walau bagaimanapun, siasatan dilaporkan masih berada pada peringkat awal. Sehingga kini, pihak berkuasa Amerika Syarikat belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi atau mendakwa mana-mana pegawai AFA secara jenayah.

Fokus utama agensi penguatkuasaan buat masa ini adalah mengumpul dokumen bertulis, menganalisis jejak kewangan (paper trail), dan memanggil pihak berkaitan sebelum memutuskan tindakan susulan.

Cabaran Di Luar Padang Skuad La Albiceleste

Perkembangan ini hadir pada waktu yang agak sensitif ketika Argentina sedang mengharungi saingan Piala Dunia 2026. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti atau petunjuk yang mengaitkan siasatan kewangan ini dengan sebarang perlawanan atau keputusan di atas padang.

Sekiranya terbukti berlaku penyelewengan, kes ini berpotensi memberi tamparan hebat kepada pengurusan kewangan AFA serta operasi komersial mereka di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

Sumber: Stadium Astro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved