
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas sebuah bot bersama minyak petrol, yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, di perairan Kampung Air pada Isnin.
Pasukan PPM sedang melakukan rondaan semasa Ops Taring Gelora di kawasan berkenaan apabila ternampak beberapa individu sedang memuatkan gelen dipercayai mengandungi petrol ke dalam bot dari jeti Kampung Air.
Bagaimanapun, apabila pasukan itu menghampiri bot, individu tersebut melarikan diri ke arah kampung.
Pasukan itu memeriksa bot tersebut dan menemui 16 gelen mengandungi 30 liter petrol setiap satu dan satu lagi jeri tin mengandungi 10 liter petrol digunakan untuk enjin di dalam bot.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata rampasan telah dibawa ke pangkalan PPM Semporna kerana tiada sesiapa datang untuk menuntut barangan tersebut.
Katanya, kesemua barang kawalan itu dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran dan kesalahan itu di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Ahmad berkata, kesemua rampasan bernilai RM6,204.50 termasuk bot dan enjinnya.
“Kes akan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) untuk tindakan lanjut,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
