Patutnya kerah semua pelajar pergi Program Temu Anwar – Pemuda PAS sindir PH ambil kesempatan?

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 3:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemuda PAS Malaysia menyindir penganjuran Program Temu Anwar yang menghimpunkan ratusan pelajar politeknik dan kolej komuniti di Negeri Sembilan ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung.

Image from: Patutnya kerah semua pelajar pergi Program Temu Anwar – Pemuda PAS sindir PH ambil kesempatan?Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, program berkenaan diadakan pada waktu yang tepat kerana berlangsung ketika PRN Negeri Sembilan, selain mendakwa keadaan itu memberi persepsi bahawa jentera kerajaan digunakan bagi kepentingan politik parti yang mentadbir.

“Kali ini saya setuju dengan Madani. Memang sangat elok program begini. Tepat pada masanya.
“Program ini penting, terutamanya waktu Pilihan Raya Negeri Sembilan, waktu inilah jentera kerajaan perlu diguna sebaik mungkin untuk manfaat politik parti dalam kerajaan, pegawai kerajaan pun tak ada masalah buat kerja-kerja parti politik ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, tular sepucuk surat daripada Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bertarikh 28 Julai yang memohon Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mempertimbangkan penyertaan pelajar daripada institusi di Negeri Sembilan ke Program Temu Anwar.

Program tersebut dijadualkan berlangsung pada Rabu, dari jam 1 petang hingga 6 petang di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan.

Image from: Patutnya kerah semua pelajar pergi Program Temu Anwar – Pemuda PAS sindir PH ambil kesempatan?

Menurut surat berkenaan, seramai 360 peserta membabitkan lima kolej komuniti dan dua politeknik akan menghadiri program itu dengan menaiki tujuh bas, manakala kos pengangkutan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Artikel lain: PRN Negeri Sembilan: Jangan sentuh isu 3R! Hormati teguran Istana Negeri Sembilan – Zahid

Dalam hantaran sama, Afnan turut menyindir agar semua pelajar sekolah dan mahasiswa universiti turut dikerahkan menghadiri program tersebut.

“Patutnya angkut sekali semua pelajar sekolah dan mahasiswa universiti, kerahkan pergi ke program ini.
“Kalau tak cukup tempat, boleh buat atas jalan raya. Itu kemahiran YB Timbalan Menteri KPT dulu-dulu,” tambahnya lagi.

Sumber: Facebook Pemuda PAS Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved