PAU 2026: Fadhli Shaari sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘pengisytiharan perang politik’

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari menyifatkan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 sebagai satu pengisytiharan perang politik yang cukup berani.

Kongsi pengalaman pertama kali

Menerusi kenyataan dikongsinya, Fadhli berkata kehadiran buat kali pertama di PAU memberi kesempatan untuk menyaksikan sendiri majlis yang disifatkannya penuh bersejarah.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara penting daripada ucapan Zahid bertajuk ‘Melakar Masa Depan Bangsa’, termasuk gagasan ‘Tafahum Siyasi’ sebagai pendekatan persefahaman politik dalam menentukan hala tuju UMNO.

Fadli juga menyorot penegasan Zahid bahawa penyatuan perlu berlaku antara UMNO dan PAS tanpa melibatkan pihak ketiga, selain idea ‘Kolaborasi Agung’ yang mengajak mereka yang pernah meninggalkan UMNO untuk kembali bersama membina kekuatan parti.

Menurut Fadhli, Zahid turut menegaskan UMNO dan Barisan Nasional perlu kembali menjadi induk kepada penyatuan bangsa serta menyentuh isu perjanjian politik, termasuk pembentukan ‘Kerajaan Perpaduan Nasional’ yang akhirnya menjadi ‘Kerajaan MADANI’.

Image from: PAU 2026: Fadhli Shaari sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘pengisytiharan perang politik’

Agenda Malaysia BIRU satu kerangka politik jangka panjang

Beliau turut melihat ‘Agenda Malaysia BIRU’ menuju 100 tahun kemerdekaan pada 2057 sebagai satu kerangka politik dan pentadbiran jangka panjang.

Namun, Fadli menganggap perkara paling menarik ialah apabila Zahid menyebut, ‘Cukuplah guru, berhentilah…’.

“Saya mendengar ucapan ini seperti ucapan pengisytiharan perang politik yang cukup berani oleh Presiden UMNO. Kebetulan tarikhnya pula cukup simbolik, genap 25 tahun selepas World Trade Center di Amerika Syarikat diserang pada 11 September 2001.
“Bezanya, 25 tahun lalu WTC di New York menjadi medan serangan fizikal. Hari ini WTC Kuala Lumpur menjadi pentas kepada satu serangan politik.
“Kepada siapa perang itu diisytiharkan? Itu yang menarik untuk diperhatikan selepas ini walaupun semua sudah dapat menekanya,”

Beliau turut berterima kasih atas jemputan dan sambutan mesra kepada PAS pada PAU 2026.

Sumber: Facebook Fadhli Shaari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved