PBS tolak spekulasi ‘hilang’ Matunggong kepada PKDM

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 10:28 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak spekulasi bakal kehilangan kerusi Matunggong di tangan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), yang kemungkinan bertanding di kawasan itu pada pilihan raya (PRN17) akan datang.

Naib Presiden PBS Datuk Ruslan Muharam berkata, sebaliknya kerusi yang disandang Setiausaha Agung PBS, Julita Mojungki itu akan dipastikan terus kekal milik parti itu.

“Kita amat yakin kerusi Matunggong akan kekal milik PBS selepas PRN17, walaupun ada ura-ura PKDM turut berminat meletakkan calon di kawasan itu, namun kita akan pertahankannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bersama rakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kita akan pastikan ia direalisasikan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Asas Penulisan, Foto dan Video Media Sosial Pemuda PBS, di sini, Ahad lepas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jangkaan ramai pihak bahawa PKDM bakal menjadi ancaman kepada PBS dan Star di kawasan bumiputera bukan Islam, khususnya kerusi Matunggong pada PRN17 nanti.

Ruslan, yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, turut menolak spekulasi itu yang disifatkannya sebagai tidak wajar memandangkan PKDM ketika ini sedang berdepan pergolakan kepimpinan.

Wakil rakyat Lumadan itu berkata, rakyat perlukan sebuah parti politik yang kukuh untuk menjaga kepentingan mereka namun ia tidak akan berlaku sekiranya parti itu tidak stabil.

“Bagaimana mahu jaga rakyat dan kawasan kalau berlaku pergolakan kepimpinan yang sudah tentu menyebabkan berlakunya ketidakstabilan dalam parti sedangkan aspek itu amat penting,” tegasnya.

Terdahulu, kira-kira 30 peserta terdiri daripada Pemuda dan Beliawanis PBS Bahagian Lumadan menyertai kursus itu sebagai persediaan menghadapi PRN17 tidak lama lagi.