
PAPAR: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Ruslan Muharam (gambar) menolak desas-desus kemungkinan parti itu dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) akan keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang pilihan raya negeri (PRN17) ini.
Wakil rakyat Lumadan itu berkata, tiada sebab untuk melakukan tindakan itu, sebaliknya PBS/Star akan kekal dalam gabungan berkenaan susulan permuafakatan yang telah wujud sekian lama.
Menurutnya, dakwaan itu hanya satu spekulasi yang sengaja dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab bagi memecah-belahkan persefahaman seterusnya melemahkan kekuatan politik GRS.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Persefahaman kita dalam GRS sudah terjalin lama apatah lagi bersama-sama dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan membawa pelbagai inisiatif untuk rakyat hingga pihak lawan merasa terancam.
“Justeru, dakwaan ini hanya khabar angin saja kerana kita bakal menghadapi PRN17 dan sudah tentu ada cubaan untuk melemahkan kekuatan GRS,” katanya selepas merasmikan Kem Kepimpinan Pemuda Belia PBS Bahagian Lumadan, di sini, Ahad lepas.
Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi bahawa terdapat desakan daripada akar umbi agar PBS dan Star meninggalkan GRS bagi memastikan aspirasi parti lokal direalisasikan.
Ia susulan hasrat GRS untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dikhuatiri akan menjejaskan kerusi-kerusi yang ingin ditandingi kedua-dua parti tersebut.
Ketika ditanya sama ada GRS wajar bergerak solo atau bekerjasama dengan PH pada PRN17, Ruslan secara peribadi berpendapat senario politik ketika ini menunjukkan GRS wajar bergerak solo.
Namun pada masa sama katanya, kerjasama dengan PH juga amat penting bagi memastikan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan terus terjaga demi kebaikan rakyat.
Katanya, ditambah lagi PH lebih memilih GRS khususnya Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor agar terus menerajui kerajaan negeri berbanding Umno dalam episod ‘Langkah Kinabalu’ sebelum ini.
“Kalau kita lihat senario, memang ada ada baiknya kita tanding secara solo tapi jika dilihat dari sudut kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri juga sangat penting dan tiada ruginya.
“Takkan kita ‘buang’ PH macam begitu saja setelah kita dibantu dengan sokongan mereka semasa cubaan kudeta sebelum ini sedangkan di peringkat pusat, PH dan Umno bekerjasama.
“Bagaimanapun ini adalah pendapat peribadi saya dan kita serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan GRS untuk membuat sebarang keputusan mengenainya,” tegasnya.
Untuk rekod, PBS ketika ini memiliki tujuh kerusi iaitu Tandek, Matunggong, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid, manakala Star mempunyai enam kerusi iaitu Paginatan, Tambunan, Kiulu, Sook, Tulid dan Liawan.
