Tinjauan jalan, kemudahan bermasalah di Beaufort

9 Jan 2025 • 12:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Satu tinjauan terhadap jajaran jalan raya dan kemudahan awam bermasalah diadakan Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Beaufort dan syarikat konsesi.

Tinjauan yang turut melibatkan Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort itu dilaksanakan di beberapa lokasi di Zon Gadong dan Zon Weston melibatkan jalan raya di bawah JKR dan pihak konsesi.

AdvertisementRuslan, yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, berkata terdapat beberapa lokasi jalan raya dan kemudahan awam yang memerlukan perhatian segera JKR dan syarikat konsesi untuk pembaikan atau naiktaraf.

“Antara masalah itu, jalan rosak dan tidak selamat hingga berisiko kemalangan, jalan raya sempit, ketiadaan garisan jalan, keperluan pemasangan pembetung dan tembok penghadang banjir.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Selain menerima aduan daripada rakyat di Lumadan, tinjauan ini juga selari dengan arahan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mahu isu jalan raya rosak dan tidak selamat di Sabah, diselesaikan segera.

“Sebagai contoh, salah satu laluan utama di Kampung Suasa ini sering terputus akibat banjir kerana berdekatan Sungai Padas, menyebabkan satu tembok penghadang banjir perlu dibuat segera.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Beberapa jalan raya perlu dinaiktaraf segera oleh JKR dan pihak konsesi kerana rosak teruk hingga berisiko menyebabkan kemalangan serta kerosakan kenderaan penduduk,” katanya, di sini, pada Rabu.

Ruslan berkata, walaupun beberapa isu sudah disenarai untuk pelaksanaan JKR tahun ini, masih banyak keperluan yang tidak tersenarai.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sehubungan itu, katanya, beliau meminta JKR Daerah Beaufort membuat satu laporan mengenai keperluan memasukkan projek-projek terlibat dalam senarai pelaksanaan untuk tahun ini.

“Saya sendiri akan bawa surat permohonan dan laporan JKR Daerah Beaufort ini kepada Ketua Menteri (Hajiji) untuk diambil perhatian sejajar dengan komitmen kerajaan negeri.

“Keselesaan dan keselamatan rakyat harus diutamakan,” tegasnya.