PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan Pemangku Timbalan KPN

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 5:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan Pemangku Timbalan KPN

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu hantaran yang tular di media sosial menerusi sebuah akaun Facebook yang memaparkan visual serta teks, seolah-olah Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) telah mengadakan satu sidang media khas di Bukit Aman berkaitan pelaksanaan suatu operasi oleh PDRM.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, hantaran tersebut adalah palsu.

“Pemangku Timbalan KPN tidak pernah mengadakan sidang media atau mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang digambarkan dan dinyatakan dalam hantaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kandungan yang disebarkan telah menggunakan imej dan identiti palsu serta kedudukan Pemangku Timbalan KPN bagi mewujudkan gambaran seolah-olah kenyataan tersebut merupakan pendirian rasmi PDRM.

“Perbuatan sedemikian berpotensi mengelirukan masyarakat, mencetuskan salah faham serta menjejaskan kredibiliti individu dan institusi PDRM,” katanya.

Beliau berkata, PDRM telah membuat satu laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan kandungan berkenaan, termasuk meneliti motif serta tujuan di sebalik penyebarannya.

Katanya, PDRM memandang serius sebarang tindakan menghasilkan, memanipulasi atau menyebarkan kandungan palsu dengan menggunakan identiti, imej atau kedudukan mana-mana pegawai dan anggota pasukan bagi memberikan gambaran bahawa sesuatu kenyataan atau tindakan tersebut adalah rasmi. – KOSMO! ONLINE

The post PDRM nafi kenyataan palsu dikaitkan Pemangku Timbalan KPN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved