
“Peak Cinema,” Tak Sangka, Ini Reaksi Orang Ramai Lepas Tonton Filem Merah Putih
Industri perfileman di negara jiran, Indonesia, masih hangat dengan filem animasi Merah Putih: One for All yang mendapat perhatian kerana kualiti grafiknya.
Sejak beberapa minggu lalu, timbul perdebatan hangat bukan sahaja di negara itu malahan di Malaysia juga.
Bagi yang belum tahu, filem animasi itu ditayangkan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia ke-80.
Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda, tayangan hari pertama tetap diteruskan pada Khamis.
Pastinya, ramai yang tertanya-tanya mengenai keseluruhan filem itu. Di Indonesia sendiri, ada yang menontonnya kerana ingin tahu mengenai kualiti filem itu bila ditayangkan di layar pawagam.
Menerusi satu video di TikTok, reaksi orang ramai dapat dilihat selepas menonton filem animasi itu. Ada yang keluar ketawa terbahak-bahak dan kebanyakan dari mereka berkata filem itu ‘terbaik’.
Ia dapat dilihat menerusi akaun Prul Channel yang menemu bual orang ramai di pawagam.
“Absolute cinema, Kojima pun kalah, Demon Slayer sepi nampaknya,” seloroh seorang lelaki.
Sementara itu, hos dari Prul Channel bertanyakan kepada seorang lelaki dengan nada bergurau sama ada dia sedar atau tidak ketika membeli tiket filem itu.
“Abang sedar tak masa keluarkan duit 50,000 rupiah untuk menonton filem ini, sedar tak?,” soalnya.
Jawab lelaki itu, dia tidak sengaja membeli tiket, tertekan di telefon.
Video itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
“Yang tonton cuma nak ketawa je,” kata salah seorang netizen.
“Ni buatkan orang lagi nak tahu, nak tonton filem itu juga,” kata seorang lagi.
@prulchannel ini dia reaction para penonton MERAH PUTIH ONE FOR ALL #fypシ゚ #fyp #merahputih #foryou #indonesia
Dalam pada itu, temubual portal berita Kompas.com bersama salah seorang penonton mendedahkan bahawa dia ingin melihat sendiri resolusi grafik filem itu di layar lebar.
“Di YouTube, anda boleh lihat betapa rendahnya resolusi itu, malah ia tidak berfungsi di platform itu. Saya hanya mahu melihatnya di skrin besar. Mahu merasai sensasi orang menyanyi dari Betawi hingga Papua dengan audio sinematik. Itu perkara utama,” katanya.
Untuk pengetahuan, filem animasi ini menceritkan mengenai sekumpulan kanak-kanak yang dipilih untuk menjadi sebahagian daripada Pasukan Merah Putih. Mereka berperanan untuk menjaga bendera yang dikibarkan pada hari kemerdekaan. Bagaimanapun, bendera tersebut telah hilang.
Mereka kemudian memulakan pengembaraan meneroka hutan, sungai dan menghadapi konflik dalaman untuk mencari bendera itu.
Sumber: Prul Channel
The post “Peak Cinema,” Tak Sangka, Ini Reaksi Orang Ramai Lepas Tonton Filem Merah Putih appeared first on Siakap Keli.



