Pearly-Thinaah boleh cipta kejutan di Sukan Asia

14 Sep 2026 • 2:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pearly-Thinaah boleh cipta kejutan di Sukan Asia

KUALA LUMPUR – Beregu wanita pertama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dilihat mampu mencipta kejutan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, dunia badminton ketika ini terlalu sukar dijangka untuk menentukan siapa yang benar-benar menjadi pilihan, selain beliau melihat Pearly-Thinaah sebagai pasangan yang tidak boleh dipandang mudah.

“Kalau kita lihat dunia badminton sekarang ini, sangat sukar dijangka untuk menentukan siapa pilihan atau bukan. Kalau tengok Kejohanan Dunia dan kejohanan besar, juara sentiasa bertukar.

“Jadi, kita mengharapkan perkara itu berlaku kepada kita. Saya tidak ada sedikit pun keraguan bahawa jika kita berada pada tahap sebenar, kita mampu melakukan sesuatu,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), baru-baru ini.

Katamya, peluang beregu itu untuk mencabar pingat tetap terbuka sekiranya persiapan mereka berjalan lancar, namun perkara kecil seperti kecederaan perlu dielakkan menjelang temasya berkenaan.

“Proses itu perlu berjalan lancar. Seperti saya cakap, di penghujung persiapan ini jangan ada kecederaan atau perkara lain yang boleh mengganggu persiapan,” katanya.

Malah, Rosman percaya Pearly-Thinaah pada tahap terbaik mampu menjadi pencabar pingat di Aichi-Nagoya, walaupun beliau mengakui banyak aspek perlu diperbaiki bagi merealisasikan sasaran itu.

“Untuk menjadi yang terbaik, banyak perkara perlu dilakukan, terutama dari segi emosi, pemulihan dan beberapa aspek lain. Ia bukan mustahil, tetapi sudah tentu sukar,” katanya.

Sebagai rekod, gandingan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei meraih gangsa pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan pada 2014 selepas gagal meneruskan rentak cemerlang untuk melangkah lebih jauh dalam saingan berkenaan.

The post Pearly-Thinaah boleh cipta kejutan di Sukan Asia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved