Pearly-Thinaah kongsi faktor terlepas gelaran kedua berturut-turut

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Pearly-Thinaah kongsi faktor terlepas gelaran kedua berturut-turut

Percaturan berbeza oleh lawan dalam set kedua sedikit sebanyak membuatkan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, tersentak di saingan final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis untuk bergelar naib juara baru-baru ini.

Impian untuk meraih dua gelaran berturut-turut itu tidak kesampaian selepas tewas kepada gandingan Jepun, Yuki Fukushima-May​u Matsumoto, menerusi rubber set, 21-10,17-21,16-21 dalam tempoh satu jam empat minit pertarungan itu.

Namun, pencapaian mara sehingga ke final buat kali pertama sejak dinobatkan selaku juara di kejohanan yang sama pada 2022, sudah pun membanggakan, lebih lebih lagi selepas dinobatkan juara Terbuka Denmark 2026 minggu sebelumnya.

 

 

 

 

 

"Dalam set kedua saya rasa pihak lawan sudah tukar strategi mereka, ia membantu mereka berasa selesa untuk menang. Kami cuba bangkit namun mereka mendahului dengan mata yang agak jauh jadi ia membantu menaikkan tahap keyakinan mereka." kata Thinaah.

"Kami mengambil banyak perkara positif ke kejohanan ini daripada kejohanan sebelum ini,  kami kembali raih momentum dan saling mempercayai satu sama lain. Bertemu pihak lawan bukan mudah, kami agak perlahan dalam set penentuan dan ia menghukum kami." tambah Pearly.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved