Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Hong Kong

22 Nov 2026 • 7:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Hong Kong

Pasangan nombor empat dunia itu memenangi perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-19 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir hari ini.  

KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong selepas menewaskan rakan senegara, Zi Yu Low-Noraqilah Maisarah dalam aksi separuh akhir di Arena Kai Tak semalam.  

Pasangan nombor empat dunia itu memenangi perlawanan dengan keputusan 21-13, 21-19 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir hari ini.  

Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi, yang menewaskan beregu Indonesia, Amallia Cahaya Pratiwi-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-16, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.  

Nakade-Takahashi mempamerkan ketenangan ketika berdepan saingan sengit untuk menundukkan pasangan Indonesia sekali gus mengesahkan tempat mereka ke perlawanan akhir.  

Sementara itu, beregu campuran negara Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie gagal mara ke perlawanan akhir selepas tewas 17-21, 18-21 kepada pilihan utama China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi separuh akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved