Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis

24 Oct 2026 • 10:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Perancis 2026.

KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Perancis 2026 dengan menundukkan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, di Paris hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Arena Grand Paris, pasangan pilihan kedua itu bangkit daripada ketinggalan 3-12 pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-17, 22-20 dalam masa 47 minit, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka dengan pasangan Jepun itu kepada 9-2.

Pearly-Thinaah berjaya merapatkan jurang mata dalam set kedua sebelum menyamakan kedudukan 18-18 dan sekali lagi pada 20-20, sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

Mereka akan menentang sama ada pilihan utama dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto atau gandingan Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum, pada final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 itu.

Pearly-Thinaah mengintai gelaran ketiga musim ini selepas menjuarai Masters Indonesia pada Januari dan Terbuka Denmark awal bulan ini.

Terdahulu, pasangan beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, turut melangkah ke final selepas menewaskan pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, 21-13, 21-9 pada aksi separuh akhir. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved