Pecco Bagnaia dan Marco Bezzecchi Dianugerahkan Gelaran Duta Diplomasi Sukan Itali

14 Jul 2026 • 11:11 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Pecco Bagnaia dan Marco Bezzecchi Dianugerahkan Gelaran Duta Diplomasi Sukan Itali

Juara dunia MotoGP, Francesco “Pecco” Bagnaia dan pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi, secara rasmi dianugerahkan sebagai ikon permotoran negara Itali atau lebih tepat iaitu gelaran Duta Diplomasi Sukan Itali (Sports Diplomacy Ambassador) oleh Kerajaan Itali.

Pengiktirafan tersebut diumumkan dalam acara “Moto d’Italia – Culture Beyond the Track” yang berlangsung di Kementerian Luar Itali (Farnesina) di Rome. Gelaran itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani.

Menurut Tajani, sukan permotoran bukan sekadar perlumbaan, malah menjadi simbol budaya, inovasi dan kecemerlangan teknologi Itali. Kejayaan pelumba serta jenama seperti Ducati, Aprilia, Vespa dan Moto Guzzi memainkan peranan besar dalam mengangkat imej negara di pentas dunia.

Selain Bagnaia dan Bezzecchi, majlis itu turut memberi penghormatan kepada beberapa legenda permotoran Itali seperti Giacomo Agostini, Valentino Rossi, Max Biaggi dan Kiara Fontanesi atas sumbangan mereka kepada sukan permotoran.

Bagnaia menerima pengiktirafan itu secara langsung, manakala Bezzecchi menyertai majlis menerusi sidang video ketika sedang menjalani proses pemulihan kecederaan. Dalam reaksinya, Bezzecchi menyifatkan pelantikan tersebut sebagai satu penghormatan besar dan berjanji akan menggalas tanggungjawab itu sebaik mungkin.

Selain itu, lagenda MotoGP, Valentino Rossi juga tidak ketinggalan menerima anugerah tersebut namun tidak dapat hadir ke Rome kerana urusan Luar Negara.

Pelantikan Rossi, Bagnaia dan Bezzecchi sebagai Duta Diplomasi Sukan Itali membuktikan bahawa kesemua pelumba bukan sahaja cemerlang di litar, malah kini menjadi wajah yang mewakili budaya, inovasi dan kecemerlangan Itali di peringkat antarabangsa.

The post Pecco Bagnaia dan Marco Bezzecchi Dianugerahkan Gelaran Duta Diplomasi Sukan Itali appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved