
Dunia MotoGP dikejutkan dengan pengumuman bahawa Francesco Bagnaia dan Ducati Corse akan membawa haluan masing-masing selepas tamat musim 2026. Selepas lapan tahun bersama, termasuk enam musim bersama pasukan rasmi Ducati Lenovo Team, kerjasama yang menghasilkan dua gelaran dunia MotoGP itu akhirnya sampai ke penghujungnya.
Sepanjang tempoh tersebut, Pecco muncul sebagai pelumba paling berjaya dalam sejarah Ducati di MotoGP dengan 31 kemenangan, 63 podium dan 28 petak utama. Beliau memainkan peranan besar dalam mengembalikan Ducati ke puncak kejuaraan dunia.
Kini, persoalan terbesar ialah ke manakah destinasi seterusnya buat Pecco dan siapa yang bakal mengisi kekosongan besar di Ducati? Dengan kemunculan nama seperti Pedro Acosta dalam spekulasi pasaran perpindahan dan khabar Pecco bakal ke Aprilia, musim 2027 dijangka membuka lembaran baharu yang menarik dalam sejarah MotoGP. Sebuah era berakhir, namun satu lagi bab besar bakal bermula.
The post Pecco & Ducati Berpisah: Berakhir Satu Era Gemilang ? appeared first on TW Media.



