“Pegang kuat-kuat sayang” – Netizen Cair Tengok Tok Ti Melayan Aafiyah Masa Hari Kantin Sekolah

Family & ParentingLifestyle
4 Aug 2026 • 6:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft aafiyah

Memegang takhta sebagai penyanyi nombor satu negara bukan satu halangan untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu yang ingin melihat gelagat anaknya di sekolah.

Dalam satu video yang tular sekarang, TokTi kongsikan video suasana di sekolah anak sulungnya Siti Aafiyah semasa Hari Kantin.

Artikel berkaitan: “TokTi battle sendiri ke guna PS?” – Dapat ‘Slot’ Rembayung, Pengurus Siti Nurhaliza Jawab Persoalan Netizen

Artikel berkaitan: “Akak ke Tokti yang perform?” – Netizen Teruja Lihat ‘Outfit’ Sitizoners Sempena Konsert Siti Nurhaliza Sabtu Ini

Dalam video tersebut, dilihat anaknya Siti Aafiyah terlibat dalam aktiviti menjual makanan, dan TokTi melawat ke gerai jualan anaknya itu. Dilihat Aafiyah bantu membungkus makanan yang ibunya beli sebelum Siti menghulurkan kupon tunai kepada Aafiyah.

Melihat video tersebut, ramai netizen di ruangan komen yang ‘cair’ melihat gelagat anak dan ibu ini, bahkan ada juga yang mula terharu selepas mereka terkenangkan semula detik-detik TokTi yang menantikan 11 tahun untuk menimang cahaya mata. tokti aafiyah

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved