Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kecoh di media sosial pagi ini apabila satu rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan sebuah van terbalik di Simpang Kerayong, Jasin, Melaka namun apa yang lebih mencuri tumpuan adalah gelagat pemandunya yang dilihat tidak stabil dan terhuyung-hayang.

Kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi tadi itu pantas mendapat perhatian pihak berkuasa selepas video tersebut tular di Facebook. Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita mendakwa lelaki tersebut berada dalam keadaan mabuk.

Polis Sampai, Van Dah 'Ghaib'?Ketua Polis Daerah Jasin, Lee Robert mengesahkan pihaknya telah menggerakkan pasukan trafik dan unit MPV ke lokasi sebaik mengesan video tersebut. Bagaimanapun, setibanya di sana, pemandu dan van berkenaan sudah lesap dari tempat kejadian.

"Setakat ini, tiada laporan awal diterima, namun siasatan lanjut sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti individu terlibat serta punca sebenar kemalangan," katanya.

Setakat jam 10 pagi, video tersebut telah meraih lebih 1,600 reaksi dan dikongsi ratusan kali oleh netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan pemandu berkenaan.

Pesanan Polis:  Jangan  membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.