Pegawai bomba mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM11,500

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 3:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pegawai bomba mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM11,500

Seorang pegawai JBPM mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM11,500 sebagai dorongan mendapatkan surat sokongan.

ALOR SETAR: Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta serta menerima rasuah berjumlah RM11,500 sebagai dorongan mendapatkan surat sokongan pelesenan pada 2024 dan tahun lepas.

Pengakuan Johari Bar Azwar, 40, direkodkan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Johari selaku Penguasa Bomba KB9 di Pejabat Zon 2, JBPM Sungai Petani didakwa menerima suapan wang tunai RM1,500 daripada pemilik sebuah syarikat Khaw Kok Aun, 66, sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bagi syarikat tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di belakang sebuah restoran di Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 12.30 tengah hari 4 April 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa meminta dan menerima suapan wang tunai RM10,000 daripada seorang lagi pemilik syarikat Lim Zhan Xian, 27, sebagai dorongan untuk mendapatkan surat sokongan pelesenan JBPM bertarikh 3 Feb 2025 bagi dua syarikat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah premis di Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada 3 petang 4 Feb 2025.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Zulfadli Azharudin memohon jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Syafiq Ahmad dan Nur Azimul Azami merayu jaminan minimum atas alasan anak guam mereka menanggung isteri dan empat anak berusia dua hingga 12 tahun serta ibu bapa berusia 65 dan 75 tahun.

Mahkamah membenarkan jaminan RM16,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 9 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved