OP CRACK: 5 pegawai imigresen direman subahat godam MyIMMs

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: OP CRACK: 5 pegawai imigresen direman subahat godam MyIMMs

PUTRAJAYA: Seramai lima pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 6 Ogos ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, kelima-lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu telah ditahan jam 1 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati kesemua pegawai ini disyaki bersubahat menggodam MyIMMs di samping membantu dalam proses mendapatkan kelulusan PLKS tanpa mengikut prosedur yang sah.

“Susulan tangkapan itu SPRM telah menyita lima unit telefon bimbit milik kelima-lima suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post OP CRACK: 5 pegawai imigresen direman subahat godam MyIMMs appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved