
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan anak tirinya yang berusia 19 tahun pada Khamis lalu.
Tertuduh yang berusia 52 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Yusnaliza Mohammad Yusoff.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah di Kuala Nerus pada pukul 7 pagi, 30 Julai lalu. Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Mahkamah menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki 52 tahun didakwa ‘sentuh’ anak tiri appeared first on Kosmo Digital.





