Pegawai Pendidikan M*ut Kemalangan Lepas 4×4 Tiba-tiba Tukar Lorong

5 Nov 2026 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft kemalangan

Hasrat seorang pegawai pendidikan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Kilometer 282.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, petang Rabu.

Mangsa, Mohammad Fauzee Azmi, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal jenis Yamaha XMax yang ditungganginya bertembung dengan sebuah Toyota Hilux.

Artikel berkaitan : Pemandu Hilux ‘Naik Angin’ Hentam Axia Gara-gara Pandu Perlahan

Artikel berkaitan : Kemalangan Lori Hempap MPV: Jururawat Tak Tahan Sebak Lihat 2 Beradik Lambai Jenazah Ibu Bapa

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian ramai selepas rakaman video kemalangan berkenaan tular di media sosial. Menerusi rakaman itu, Toyota Hilux terbabit dilihat dipercayai menukar lorong ke kanan secara tiba-tiba sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.05 petang itu membabitkan kedua-dua kenderaan yang sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Seremban.

kemalangan

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Putrajaya menuju ke Seremban.”

“Toyota Hilux sedang bergerak di lorong kedua dari kanan manakala motosikal Yamaha XMax berada di lorong paling kanan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Johari, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Hilux berkenaan dipercayai menukar lorong ke kanan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pelanggaran dengan motosikal mangsa.

Akibat perlanggaran tersebut, Mohammad Fauzee mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Screenshot 2026 11 05 154205

Sementara itu, pemandu Toyota Hilux yang berusia lingkungan 40-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemandu Toyota Hilux berusia lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ditahan bagi membantu siasatan. Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati negatif,” katanya.

Tambah beliau, lelaki terbabit direman selama tiga hari bermula 5 hingga 7 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Nilai di talian 06-7904389 atau Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Nilai, Inspektor Zakaria Mohamad Jais di talian 019-6990142.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved