Pegawai polis bebas tuduhan terima rasuah

LocalPolitics
23 Oct 2026 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pegawai polis bebas tuduhan terima rasuah

TAWAU: Seorang pegawai polis dibebaskan daripada dua pertuduhan menerima dan memperoleh suapan bernilai RM12,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang didakwa membuat aduan palsu, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya melepaskan dan membebaskan Inspektor Mohamad Soffie Jalal, 44, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap dirinya.

Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Soffie yang bertugas sebagai pegawai penyiasat dan perundangan bahagian siasatan jenayah dituduh bersetuju menerima suapan tunai bernilai RM5,000 daripada Mohd Ridzwan Ladja sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Ridzwan kerana membuat aduan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan serta memulangkan barang kes yang dirampas iaitu 22.5 kilogram sarang burung walet.

Mohamad Soffie didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 pagi, 1 Mac 2021 di Pejabat Pegawai Penyiasat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada пelima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohamad Soffie didakwa memperoleh suapan bernilai RM7,000 lagi untuk dirinya daripada Mohd Ridzwan bagi tujuan yang sama antara jam 8.10 malam hingga 8.30 malam, 4 Mac 2021 di lokasi yang sama.

Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 21 orang saksi sepanjang perbicaraan dijalankan.

Mohamad diwakili oleh peguam Edward Paul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved