Peguam adat mohon Majlis Raja-Raja teliti krisis Negeri Sembilan

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 2:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peguam adat mohon Majlis Raja-Raja teliti krisis Negeri Sembilan

SEREMBAN – Majlis Raja-Raja mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pemerintahan negara untuk meneliti sesuatu isu yang menyentuh kedudukan, keistimewaan dan kehormatan institusi Raja-Raja.

Sehubungan itu, Barisan Peguam Adat Melayu Negeri Sembilan memohon supaya Majlis Raja-Raja meneliti keseluruhan proses yang berlaku dalam krisis di negeri ini bagi menilai dan memberi nasihat sama ada setiap tindakan yang diambil menepati peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 serta prinsip kedaulatan undang-undang.

Menurut kenyataan Barisan Peguam Adat Melayu Negeri Sembilan, penelitian terhadap krisis yang melibatkan kedudukan Raja Pemerintah Negeri Sembilan perlu dibuat berdasarkan kronologi keseluruhan peristiwa dan tidak hanya berpandukan perkembangan terbaharu.

Barisan Peguam Adat Melayu Negeri Sembilan berkata, rangkaian peristiwa itu bermula dengan mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 5 Mac 2026, diikuti perkembangan pada 17 April 2026 sebelum keputusan Undang Yang Empat pada 19 April 2026.

“Setiap peringkat proses ini mempunyai kaitan langsung dengan kedudukan Yang di-Pertuan Besar dan Undang Luak dan perlu diteliti secara berurutan, bukan secara terpisah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Barisan Peguam Adat Melayu Negeri Sembilan terdiri daripada peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi, Asmawi Ismail dan Deidra Nur Azmi.

Mereka turut berpandangan isu berhubung kedudukan Raja dalam krisis berkenaan tidak terhad kepada persoalan Yang di-Pertuan Besar semata-mata.

Jelas Barisan Peguam Adat Melayu Negeri Sembilan, isu pelucutan jawatan Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak lain turut menyentuh kedudukan Raja berdasarkan tafsiran UUTKNS 1959. – KOSMO! ONLINE

The post Peguam adat mohon Majlis Raja-Raja teliti krisis Negeri Sembilan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved