Peguam Syarie Dedah Jumlah Nafkah Sepatutnya Anak Dapat Jika Ibu Bapa Bercerai

LocalFamily & Parenting
13 Apr 2026 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu nafkah anak selepas perceraian sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu bapa. Terbaharu, seorang peguam syarie tampil berkongsi penjelasan mengenai bagaimana jumlah nafkah anak sebenarnya ditentukan mengikut pertimbangan mahkamah.

Menerusi satu perkongsian di Threads oleh @peguam_syarie_hidayah, beliau menjelaskan bahawa kadar nafkah tidak ditetapkan secara tetap, sebaliknya dinilai berdasarkan beberapa faktor penting termasuk bilangan anak dan kemampuan kewangan bapa.

Advertisement

image is not available

“Pentaksiran jumlah nafkah anak adalah berasaskan kepada nafkah bulanan bagi seorang atau lebih bilangan anak.”

“Sekiranya bilangan anak lebih, kadar akan meningkat bergantung kepada jumlah pendapatan bapa atau suami,” jelasnya.

Tambah beliau, mahkamah juga akan mengambil kira keperluan asas anak-anak dalam menentukan jumlah yang sesuai. Antara perkara yang dinilai termasuklah tempat tinggal, makan dan minum, pendidikan, pakaian serta perubatan.

image is not available

image is not available

“Penentuan kadar nafkah tertakluk kepada keperluan asas anak-anak yang merangkumi keperluan tempat tinggal, makan minum, perubatan, pendidikan, umur dan jumlah pendapatan bapa sebagaimana yang ditentukan oleh mahmakah,” jelasnya lagi.

Justeru, setiap kes nafkah adalah berbeza dan bergantung kepada situasi individu, dengan keutamaan diberikan kepada kebajikan serta keperluan anak-anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-13 14:26:15

"Bab*-Bab* Ini Suka Rehat" - Majikan Syarikat Antarabangsa Kritik Pekerja Malaysia Banyak Cuti, Samakan Dengan Binatang

The post Peguam Syarie Dedah Jumlah Nafkah Sepatutnya Anak Dapat Jika Ibu Bapa Bercerai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.