Pejalan kaki maut dirempuh lori muatan gas 

7 Aug 2026 • 10:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pejalan kaki maut dirempuh lori muatan gas 

Image from: Pejalan kaki maut dirempuh lori muatan gas 

PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing maut selepas dirempuh sebuah lori muatan gas ketika dipercayai melintas jalan di Jalan Semenyih berhampiran sebuah pasar raya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori muatan gas dipandu lelaki tempatan berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Semenyih menuju ke EcoHill bagi menghantar bekalan gas.

Menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan dari arah sebuah pasar raya sebelum dirempuh lori berkenaan.

Pemandu lori bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa. 

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun, denda maksimum RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu bagi tempoh tidak kurang lima tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

“Semua pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati, mengamalkan pemanduan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi menjamin keselamatan semua pihak,” katanya. – UTUSAN

 

The post Pejalan kaki maut dirempuh lori muatan gas  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved