Warga emas maut kereta BMW terbabas langgar pagar institut memandu

LocalCars
7 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas maut kereta BMW terbabas langgar pagar institut memandu
Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Marang pada Jumaat. - Foto: Polis
Image from: Warga emas maut kereta BMW terbabas langgar pagar institut memandu
Mangsa dalam perjalanan dari Masjid Kelulut menuju ke rumahnya di Pulau Kerengga. - Foto: Polis

MARANG - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta BMW yang dipandunya terbabas dan merempuh pagar sebuah institut memandu di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Alur Tuman di sini pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan berlaku kemalangan di hadapan institut memandu berkenaan jam 7.30 pagi.

**media[3608091]**

Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa berusia 65 tahun yang dalam perjalanan dari Masjid Kelulut menuju ke rumahnya di Pulau Kerengga hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan dan merempuh pagar institut memandu berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala. Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved