Pekerja hotel ‘sentuh’ anak tunang dipenjara lima tahun, dua sebatan

4 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja hotel ‘sentuh’ anak tunang dipenjara lima tahun, dua sebatan

PASIR MAS – Seorang pekerja hotel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang merupakan anak kepada tunangnya di sebuah hotel di Tanah Merah dekat sini pada bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun 10 bulan ketika kejadian di sebuah bilik hotel di Tanah Merah dekat sini kira-kira pukul 3 pagi dan 11 pagi pada 24 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nai’lah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Siti Aisyha Nai’lah memohon hukuman setimpal dikenakan kerana tertuduh mendapat kepercayaan daripada penjaga remaja itu untuk membawa dan menguruskan hal ehwal persekolahan mangsa.

Katanya, tertuduh bagaimanapun mengambil kesempatan dengan menempatkan mangsa di sebuah hotel sebelum melakukan amang seksual terhadap remaja itu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bersama satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan kedua-dua hukuman berkenaan berjalan secara serentak.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja hotel ‘sentuh’ anak tunang dipenjara lima tahun, dua sebatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved