Pekerja kafe tidak mengaku guna kad ATM individu lain

21 Sep 2026 • 1:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pekerja kafe tidak mengaku guna kad ATM individu lain

BESUT: Seorang pekerja kafe mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik individu lain untuk kegunaan sendiri.

Nur Amnie Nadirah Mat Din, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.

Dia didakwa melakukan perbuatan curang dengan menggunakan kad ATM milik individu lain bagi kegunaan sendiri di sebuah kedai runcit di Felda Tenang, di sini pada 15 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen. – UTUSAN

The post Pekerja kafe tidak mengaku guna kad ATM individu lain appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved