Pekerja Kedai Nasi Kandar Maut, Ada Kesan Tetak*n Pada Kepala, Lengan & Badan

LocalPolitics
8 Mar 2025 • 10:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pekerja restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor dilaporkan maut selepas mangsa diserang oleh tiga orang lelaki yang bersenjatakan parang ketika sedang bekerja di kedai nasi kandar tersebut.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.20 pagi tadi di mana mangsa tiba-tiba didatangi tiga orang lelaki tersebut.

Ketiga-tiga suspek yang bertopeng tersebut kemudiannya menyerang mangsa dengan parang sehingga mangsa maut akibat cedera parah kesan tetakan pada kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa yang merupakan lelaki warga Myanmar cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri dari suspek-suspek tersebut namun tidak membuahkan hasil.

image is not available

Kesemua suspek kemudiannya menaiki sebuah kenderaan untuk melarikan diri. Difahamkan, kenderaan tersebut dipandu oleh seorang lagi individu. Kini, pihak polis sedang giat memburu kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

image is not available

Untuk makluman semua, suspek-suspek tersebut menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap untuk melarikan diri. Walau bagaimanapun, jenis kenderaan itu tidak dapat dipastikan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.