Pekerja kedai penjagaan kesihatan didakwa rogol remaja 14 tahun

11 Aug 2026 • 4:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pekerja kedai penjagaan kesihatan didakwa rogol remaja 14 tahun

SEREMBAN: Seorang pekerja kedai penjagaan kesihatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Aliff Syazwan Azahari, 22, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah hotel di daerah ini antara pukul 2.56 pagi hingga 9.17 pagi, 6 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni mencadangkan tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 berserta tiga syarat tambahan.

Bagaimanapun, peguam Mohd. Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang lebih rendah dengan alasan anak guamnya bekerja di sebuah premis penjagaan kesihatan dan kecantikan di Nilai dengan pendapatan RM1,700 sebulan.

Katanya, jaminan adalah bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah pada prosiding akan datang dan bukannya sebagai bentuk hukuman.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan tiga syarat iaitu melaporkan diri di balai polis berhampiran kediaman, tidak mengganggu saksi dan mangsa serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 September ini untuk pengurusan kes.

Kes dikendalikan Norazihah manakala tertuduh diwakili Mohd. Hanif.-UTUSAN

The post Pekerja kedai penjagaan kesihatan didakwa rogol remaja 14 tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved