Pekerja kedai didakwa noda remaja di hotel

11 Aug 2026 • 12:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja kedai didakwa noda remaja di hotel

SEREMBAN – Seorang pekerja kedai barangan kesihatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, minggu lalu.

Tertuduh, Aliff Syazwan Azahari, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel di daerah ini antara pukul 2.56 hingga 9.17 pagi pada 6 Ogos lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni manakala tertuduh diwakili Peguam, Mohd. Hanif Hassan. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 untu jaminan dan kes disebut semula pada 21 September depan. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja kedai didakwa noda remaja di hotel appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved