Pekerja kilang maut melecur seluruh badan dalam kebakaran boiler

11 Jul 2026 • 2:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja kilang maut melecur seluruh badan dalam kebakaran boiler
Api telah dipadamkan oleh pekerja kilang sebelum ketibaan pasukan bomba.
Image from: Pekerja kilang maut melecur seluruh badan dalam kebakaran boiler
Operasi melibatkan tujuh anggota bomba dari BBP Kapar dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

KLANG - Seorang lelaki maut selepas melecur hampir seluruh badan dalam kebakaran melibatkan sebuah boiler di sebuah kilang di Jalan Janakuasa, Kampung Tok Muda di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.18 pagi.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, komander operasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah boiler di kilang penyetiman besi berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki.

“Bagaimanapun, api telah dipadamkan oleh pekerja kilang sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

**media[3578623]**

Ashrul Riezal berkata, pemeriksaan lanjut menemukan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun dalam keadaan melecur hampir seluruh badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi melibatkan tujuh anggota bomba dari BBP Kapar dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved