Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah

4 Jul 2026 • 9:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah
Seorang wanita rentung dalam kebakaran rumah di Serian. Foto JBPM
Image from: Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah
Bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal setingkat. Foto JBPM
Image from: Wanita rentung, ibu melecur dalam kebakaran rumah
Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. Foto JBPM

KUCHING - Seorang wanita ditemukan rentung manakala ibunya mengalami melecur tahap dua dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tubih Batu Raung, Serian, awal pagi Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.29 tengah malam.

**media[3570994]**

Menurut kenyataan itu, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal setingkat berukuran 48 x 70 kaki yang musnah sepenuhnya.

“Terdapat dua mangsa dalam kebakaran itu. Mangsa yang maut, Nurul Farhana Amerudin, 37, ditemukan rentung di dalam tandas.

“Ibunya, Sharifah Bok Wan Muhsin, 65, mengalami kecederaan melecur tahap dua pada bahagian muka, leher, belakang badan, tangan dan tapak kaki serta telah dihantar ke Hospital Serian sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” menurut kenyataan itu.

**media[3570997]**

JBPM Sarawak memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved