Pekerja Malaysia Antara Paling Lemah Dari Segi “Work-Life Balance” – Kajian

16 Oct 2025 • 2:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pekerja Malaysia Antara Paling Lemah Dari Segi “Work-Life Balance” – Kajian

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi semakin sukar dicapai.

Ramai pekerja terpaksa berkorban masa bersama keluarga, waktu rehat, malah kesihatan sendiri demi memenuhi tuntutan pekerjaan.

Selain itu, tekanan untuk mencapai sasaran, memenuhi harapan majikan dan mengekalkan kestabilan kewangan membuatkan ramai sanggup bekerja melebihi had kemampuan diri.

Pada masa kini, keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya bukan lagi sekadar tentang mengurus masa dengan bijak.

Dengan dunia yang semakin dipengaruhi oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial, kita perlu menegaskan betapa pentingnya keharmonian antara kehidupan peribadi dan profesional demi kesejahteraan menyeluruh.

Pekerja Malaysia antara yang paling tak seimbang hidup dan kerja

Satu kajian mendapati rakyat Malaysia bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan keseimbangan antara hidup dengan kerja, lapor Global Life-Work Balance Index yang diterbitkan oleh Remote.

Lain daripada itu, rakyat Malaysia juga mempunyai waktu bekerja yang lebih panjang sehingga dapat mencecah 44 jam seminggu, berbanding pekerja di Singapura atau Indonesia.

Bagaimanapun, kedudukan negara ini hanya tiga tangga di belakang negara-negara maju Asia seperti Jepun dan Singapura.

Dengan memiliki populasi kira-kira 35,977,800 penduduk, Malaysia mencatatkan skor indeks sebanyak 57.31 pada tahun ini.

Menurut laporan Global Life-Work Balance Index, rakyat Malaysia mencatatkan skor kebahagiaan keseluruhan sebanyak 5.96, menunjukkan tahap keseimbangan kerja dan kehidupan yang sederhana berbanding negara lain di dunia.

New Zealand berada di kedudukan pertama

Remote melaporkan New Zealand masih mengekalkan kedudukannya di tangga teratas selama tiga tahun berturut-turut dengan mencatat skor 86.59.

Negara ini sekali gus meningkatkan skornya berbanding 2024 yang sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan sedikit dalam gaji minimum.

Seterusnya, Ireland berada di kedudukan kedua dengan skor sebanyak 81.17, mencatat prestasi baik secara menyeluruh.

Dengan gaji minimum yang agak tinggi serta polisi cuti bersalin yang lebih baik berbanding negara lain, iaitu 26 minggu cuti dengan bayaran 70 peratus daripada pendapatan.

Di kedudukan ketiga, Belgium mencatat skor sebanyak 75.91, menunjukkan prestasi baik dalam beberapa metrik lain, termasuk pembayaran cuti sakit wajib dan kadar bayaran cuti bersalin.

Negara ini juga mempunyai penarafan kebahagiaan antara yang tertinggi di Eropah, iaitu 6.91/10, dan rakyat Belgium bekerja dengan purata minggu kerja yang agak pendek iaitu 34.1 jam.

Sumber: Remote