Pekerja penyelenggara ditemui lemas dalam tangki

10 Aug 2026 • 8:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pekerja penyelenggara ditemui lemas dalam tangki
Mayat mangsa dijumpai pada jam 4 pagi, Isnin selepas pencarian hampir sembilan jam. Foto: JBPM Selangor
Image from: Pekerja penyelenggara ditemui lemas dalam tangki
Sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi untuk mengesan kehilangan mangsa yang terjatuh di dalam kolam loji janakuasa di Kuala Langat pada Ahad. Foto: JBPM Selangor.
Image from: Pekerja penyelenggara ditemui lemas dalam tangki
Mangsa dikatakan telah terjatuh ke dalam tangki penyimpanan air.

KUALA LANGAT - Seorang pekerja penyelenggaraan ditemui lemas dalam tangki kolam menara penyejuk di Loji Janakuasa Kuala Langat di sini pada Isnin.

Mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan pada jam 4 pagi selepas hampir sembilan jam operasi pencarian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.26 petang, Ahad.

Menurutnya, mangsa dikatakan telah terjatuh ke dalam tangki penyimpanan air.

**media[3610380]**

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP KLIA dan BBP Pelabuhan Klang turut digerakkan ke lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, mangsa bersama rakannya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan menggantikan kayu di menara penyejuk sebelum rakannya keluar mengambil kayu.

"Rakan mangsa kemudiannya kembali ke lokasi selang 15 minit dan mendapati mangsa hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pada awalnya rakan mangsa mempercayai mangsa ke bilik air sebelum mengesyaki mangsa berkemungkinan terjatuh.

Katanya, rakan mangsa telah memaklumkan kepada penyelia sebelum menghubungi bomba untuk tindakan selanjutnya.

**media[3610381]**

Susulan itu, pengosongan tangki kolam pertama dilakukan namun mangsa gagal dijumpai sebelum operasi diteruskan dengan menyedut keluar air bagi pengosongan tangki kolam kedua sedalam 10 meter dan berjaya menemukan mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved