
Pekerja Restoran Di London Dedah ‘Sikap’ Sebenar Uyaina Arshad, Raih Perhatian Ramai
Siapa yang tidak mengenali sosok wanita yang sering digelar “beauty with brain”, Uyaina Arshad.
Sejak dahulu, pengacara dan pelakon popular ini memang dikenali ramai bukan sahaja kerana bakatnya, tetapi juga kerana keperibadian yang menyenangkan.
Baru-baru ini, Uyaina sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang individu tampil berkongsi pengalaman manis bertemu selebriti itu di sebuah restoran Malaysia di London.
Dalam hantaran yang dimuat naik di Threads, individu tersebut memaklumkan bahawa dia bekerja secara sambilan di restoran berkenaan.
Katanya, restoran itu memang sering menerima kunjungan selebriti dan pempengaruh dari tanah air, namun tidak semua meninggalkan imej yang baik.
“Daripada dekat pintu kedai lagi…”
Di sebalik beberapa pengalaman kurang menyenangkan, individu itu menggambarkan bagaimana personaliti Uyaina berbeza daripada ramai selebriti lain.
“Daripada dekat pintu kedai lagi dah bagi salam, ucap terima kasih bukakan pintu. Tegur semua waiter yang ada.
“Nak order pun tengok mata, tanya boleh ke (I mean as customer yang bayar tak perlu tanya pun but I boleh rasa adab dia tinggi). Mulut dia tak berhenti ucap terima kasih for every food kita letak atas meja. Lepas makan pun cakap lagi,” kongsinya.
Lebih manis, menurutnya, sikap sama turut ditunjukkan oleh suami selebriti itu.
“Bukan dia je, husband dia pun sama. Nak tanya or minta something, sopan and beradab,” tambahnya.
“I don’t really minat celebrity/influencer…”
Tidak berhenti di situ, individu berkenaan mengakui dia sebenarnya tidak begitu meminati selebriti mahupun influencer kerana pengalaman kurang menyenangkan sebelumnya. Namun, selepas bertemu Uyaina, persepsinya berubah.
“I don’t really minat celebrity/influencer sebab I don’t really have good impression of them, but Uyaina changed my mind.
“Dulu I tak recognise sangat Uyaina, tapi lepas jumpa depan-depan, I terus study profile dia and memang I rasa dia patut jadi celebrity/influencer,” katanya lagi.
Dia juga sempat berseloroh menyesal kerana tidak mengambil gambar bersama Uyaina ketika itu, kerana pengalaman itu terlalu berharga untuk dilupakan.





