Pekerja Tawar Diri Ganti Syif Saat Akhir, Doktor Syukur Miliki Team Saling Membantu

19 Oct 2026 • 9:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pekerja Tawar Diri Ganti Syif Saat Akhir, Doktor Syukur Miliki Team Saling Membantu

Pekerja yang baik bukan sahaja menjadi impian setiap majikan, malah turut disenangi oleh rakan sekerja kerana sikap mereka yang sentiasa bersedia membantu apabila diperlukan.

Tidak kira ketika membantu menyelesaikan tugasan atau meringankan beban rakan sekerja, sikap suka menolong menjadikan seseorang pekerja lebih dihargai di tempat kerja.

Pekerja seperti ini biasanya mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tugas mereka disamping turut mengambil berat tentang keadaan rakan sekerja.

Begitulah kisah seorang doktor, @annaamin06 yang meluahkan rasa syukur kerana mempunyai pekerja yang saling memahami dan sanggup membantu antara satu sama lain.

Menerusi hantarannya, dia berkata setelah mengubah jadual pekerja bagi bulan Ogos sebanyak lima kali, dia mendapati semua pekerja yang sepatutnya bekerja pada hari itu tidak dapat datang bekerja.

Doktor Luah Syukur Pekerja Tawar Diri Ganti Syif Saat Akhir

Menurutnya, pembantu perubatan (MA) yang sepatutnya bekerja pada hari itu dijangkiti Influenza A dan pembantu klinik yang menggantikan MA tiba-tiba mengalami kecemasan keluarga.

"Saya tak percaya dengan team saya. Dalam keserabutan seorang bos yang dah lima kali ubah jadual bulan ni, dapat info seorang MA terpaksa MC sebab Influenza A.

"Dua orang pembantu klinik yang sepatutnya masuk sebagai pengganti kalau ikut jadual, boleh pula dua-dua ada kecemasan keluarga serentak," katanya.

Baca juga:

Namun begitu, belum sempat @annaamin06 meminta bantuan pekerja lain, dia menerima mesej dari beberapa pekerjanya yang lain untuk bekerja pada syif pagi.

"Tak sempat saya capai jadual untuk susun semula. Tahu-tahu dah ada pembantu klinik lain yang tawar diri untuk masuk syif tanpa disuruh.

"Yang tengah off day pun tawarkan diri. Saya sangat kagum dengan team saya. Saya bangga dengan diorang," luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap @annaamin06 sebagai majikan yang baik, selain menyifatkan tindakan pekerjanya yang sanggup membantu itu sebagai sesuatu yang jarang dilihat.

Melihat situasi ini, hubungan baik antara majikan dan pekerja bukan sahaja dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa, malah membuatkan setiap orang lebih bersedia untuk saling membantu ketika diperlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved