“Allah Memilih Sayang Untuk Berjalan Di Sisi Abang” – Ucapan Istimewa Norman Buat Memey Sempena ‘Anniversary’

25 Sep 2026 • 2:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan usahawan, Norman Hakim menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Memey Suhaiza sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.

Menerusi hantaran di Instagram, Norman, 50, meluahkan rasa syukur apabila mengenang perjalanan rumah tangga mereka yang melalui pelbagai fasa termasuk saat suka, duka, tawa dan air mata.

Advertisement

Satu perkara yang Abang paling syukuri ialah Allah memilih Sayang untuk berjalan di sisi Abang.

Norman turut berterima kasih kepada Memey kerana sentiasa berada di sisinya sebagai seorang isteri dan sahabat selain terus mempercayainya untuk memimpin keluarga meskipun dia mengakui dirinya masih mempunyai banyak kekurangan.

Dalam hantaran sama, pelakon berkenaan menyifatkan isterinya sebagai ‘rumah’ yang menjadi tempat untuknya kembali dan mencari ketenangan selepas penat bekerja.

“Sayang pun adalah ‘rumah’ tempat Abang kembali. Tempat Abang menemukan ketenangan selepas penat berjuang.”

 

View this post on Instagram

 

Selain membesarkan anak-anak bersama, Norman berkata mereka turut melalui perjalanan membina impian serta kehidupan sebagai sebuah keluarga sepanjang 15 tahun bergelar suami isteri.

Norman turut menitipkan doa agar hubungan mereka terus dipelihara, diberkati dan berkekalan sehingga penghujung usia.

norman hakim2026-09-25 09:59:15

"Tak Payah Datang Kubur Tuju Untuk Semua Anak, Saya Dah 'Unfollow' Mereka" - Abby Abadi

The post “Allah Memilih Sayang Untuk Berjalan Di Sisi Abang” – Ucapan Istimewa Norman Buat Memey Sempena ‘Anniversary’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved