Pelabuhan Mokha henti operasi akibat serangan Houthi

WorldPolitics
16 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelabuhan Mokha henti operasi akibat serangan Houthi

SANAA: Pelabuhan Mokha di Yemen menghentikan operasi selepas lebih 25 peluru berpandu dilancarkan ke arah lokasi itu dalam beberapa serangan oleh kumpulan Houthi baru-baru ini.

Serangan itu mengorbankan tujuh orang dan menyebabkan kerugian dianggarkan AS$16 juta (RM65.37 juta), kata pengarah Pelabuhan berkenaan dalam sidang media, menurut laporan Reuters.

Pada Jumaat, kumpulan Houthi melancarkan enam peluru berpandu balistik ke arah Mokha, sebuah bandar pelabuhan strategik di Laut Merah, menurut kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree berkata, serangan itu menyasarkan kedudukan tentera Arab Saudi dan senjata, selain bot ketenteraan milik pasukan proksi dan tentera upahan di Mokha.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pemberontak Houthi meningkatkan serangan terhadap sekutu Amerika Syarikat (AS) dan kapal-kapal yang melalui perairan serantau.

Houthi, antara kumpulan bersenjata yang mendapat sokongan Iran dan paling berpengaruh di Asia Barat menyertai perang pada Mac, sebulan selepas Israel dan AS menyerang Iran dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Israel.

Bulan ini, kumpulan itu berbalas serangan dengan kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa serta menyerang Arab Saudi selepas gencatan senjata de facto selama empat tahun antara Houthi dan kerajaan berkenaan.

Peningkatan ketegangan itu berlaku ketika keselamatan maritim semakin tidak menentu di Selat Hormuz dan Laut Merah.

The post Pelabuhan Mokha henti operasi akibat serangan Houthi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved