Pelabur antarabangsa perlu berkongsi teknologi perlombongan REE 

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelabur antarabangsa perlu berkongsi teknologi perlombongan REE 

IPOH: Rizab unsur nadir bumi (REE) yang bernilai tinggi dalam pasaran global memerlukan komitmen pelabur antarabangsa berkongsi kepakaran teknologi, peraturan serta undang-undang, hak paten serta menjaga rahsia perdagangan melibatkan negeri-negeri pengeluar.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, REE sememangnya mendapat permintaan yang tinggi memerlukan dimanfaatkan sepenuhnya melibatkan keseluruhan rantaian perlombongan.

“Komitmen daripada pelabur (antarabangsa) yang datang nak bekerjasama dalam (perlombongan) REE ini mestilah bawa teknologi, berkongsi  dengan kita dan terlibat dalam secara langsung daripada sektor huluan, pertengahan dan hiliran.

“Kita carilah orang (pelabur) boleh buat yang sanggup melakukannya dan berkongsi teknologi ” katanya selepas ditemui pada Hari Pelaburan di Perak 2026  anjuran InvestPerak di sini hari ini.

Johari berkata, kerjasama strategik bersama pelabur antarabangsa membolehkan negara mempelajari peraturan, undang-undang dan ketersediaan teknologi.

“Kita perlu menjaga paten-paten atau rahsia perdagangan negeri-negeri yang ingin terlibat ini perlu ada.

“Mesti ada penjagaan kerahsiaan kepada rakan (pelabur antarabangsa),” katanya.

Berhubung konflik berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Iran berkaitan laluan strategik Selat Hormuz yang memainkan peranan penting dalam sektor tenaga global, Johari memaklumkan ia turut memberi kesan kepada negara.

“Sebarang gangguan terhadap sektor tenaga akan memberi kesan kepada keseluruhan industri termasuk Malaysia. Malaysia mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding negara yang tidak mempunyai sumber minyak dan gas,” katanya.

“Bila sektor tenaga ini terjejas, semua industri akan terjejas. Kita sebenarnya dari segi minyak masih pengimport bersih, tetapi gas masih pengeksport bersih.

“Jadi kita akan terjejas seperti mana negara-negara lain terjejas. Tetapi tidak seteruk negara yang tidak mempunyai (sumber) minyak dan juga gas,” katanya. – UTUSAN

The post Pelabur antarabangsa perlu berkongsi teknologi perlombongan REE  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved