Pelabur asing jual RM160.3 juta saham minggu keenam berturut-turut, menurut MBSB Research

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 9:08 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing jual RM160.3 juta saham minggu keenam berturut-turut, menurut MBSB Research Image from: Pelabur asing jual RM160.3 juta saham minggu keenam berturut-turut, menurut MBSB Research hamden14/09/2026 - 09:08 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Sept - Institusi asing kekal sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM160.3 juta.

 

Institusi asing menjadi penjual bersih pada tiga daripada lima hari dagangan sepanjang minggu berkenaan.

 

Aliran keluar bersih terbesar direkodkan pada Jumaat sebanyak RM207.1 juta, diikuti Rabu sebanyak RM89.5 juta dan Khamis RM12.5 juta.

 

Sebaliknya, institusi asing merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM89 juta pada Selasa, manakala Isnin mencatatkan aliran masuk RM59.8 juta.

 

Dari segi sektor, tiga sektor utama yang menerima aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah Perladangan sebanyak RM117 juta, Penjagaan Kesihatan (RM101.5 juta) dan Produk & Perkhidmatan Pengguna (RM45.2 juta).

 

Sementara itu, Perkhidmatan Kewangan merekodkan aliran keluar bersih asing terbesar sebanyak RM204.6 juta, diikuti sektor Pembinaan (-RM72.3 juta) dan Teknologi (-RM56.9 juta).

 

Dalam pada itu, institusi tempatan menamatkan rentetan pembelian bersih selama enam minggu berturut-turut apabila merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM127.4 juta.

 

Pelabur runcit pula meneruskan trend pembelian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk bersih sebanyak RM287.7 juta.

 

Dari segi aktiviti dagangan, purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatatkan penurunan merentasi semua kumpulan pelabur.

 

ADTV pelabur runcit susut 6.4%, manakala institusi tempatan turun 9.6% dan institusi asing merosot lebih ketara sebanyak 20.2%. - DagangNews.com  

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved