Pelabur tempatan jual RM127.4 juta saham selepas menjadi pembeli enam minggu berturut-turut - MBSB Research

LocalBusiness & Finance
14 Sep 2026 • 9:08 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur tempatan jual RM127.4 juta saham selepas menjadi pembeli enam minggu berturut-turut - MBSB Research Image from: Pelabur tempatan jual RM127.4 juta saham selepas menjadi pembeli enam minggu berturut-turut - MBSB Research hamden14/09/2026 - 09:08 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Sept - Institusi tempatan menamatkan rekod pembelian bersih selama enam minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM127.4 juta pada minggu lalu.

 

Dalam tempoh sama, institusi asing meneruskan aktiviti jualan bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran keluar bersih berjumlah RM160.3 juta.

 

Institusi asing menjadi penjual bersih pada tiga daripada lima hari dagangan sepanjang minggu berkenaan.

 

Aliran keluar bersih terbesar institusi asing dicatatkan pada Jumaat sebanyak RM207.1 juta, diikuti Rabu sebanyak RM89.5 juta dan Khamis RM12.5 juta.

 

Bagaimanapun, institusi asing merekodkan aliran masuk bersih pada Isnin dan Selasa, masing-masing sebanyak RM59.8 juta dan RM89 juta.

 

Dari segi sektor, tiga sektor utama yang menerima aliran masuk bersih daripada institusi asing ialah Perladangan sebanyak RM117 juta, Penjagaan Kesihatan (RM101.5 juta) serta Produk dan Perkhidmatan Pengguna (RM45.2 juta).

 

Sebaliknya, Perkhidmatan Kewangan mencatatkan aliran keluar bersih asing terbesar sebanyak RM204.6 juta, diikuti Pembinaan (-RM72.3 juta) dan Teknologi (-RM56.9 juta).

 

Sementara itu, pelabur runcit meneruskan trend pembelian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM287.7 juta.

 

Dari segi aktiviti dagangan, purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatatkan penurunan merentasi semua kumpulan pelabur.

 

ADTV pelabur runcit susut 6.4%, manakala institusi tempatan turun 9.6% dan institusi asing merosot lebih ketara sebanyak 20.2%.

 

Secara keseluruhan, aliran dana mingguan menunjukkan perubahan ketara dalam corak dagangan pelabur tempatan apabila institusi tempatan kembali mencatatkan jualan bersih selepas enam minggu berturut-turut menjadi pembeli bersih. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved