Pelabur asing jual saham RM437.3 juta di Bursa Malaysia

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 9:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pelabur asing jual saham RM437.3 juta di Bursa Malaysia Image from: Pelabur asing jual saham RM437.3 juta di Bursa Malaysia johardy10/08/2026 - 09:20 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan mencatatkan aliran keluar bersih RM437.3 juta, selepas menjadi pembeli bersih pada minggu sebelumnya, menurut MBSB Research.

 

Institusi asing hanya menjadi pembeli bersih pada satu daripada lima hari dagangan, iaitu pada Rabu dengan aliran masuk RM53.7 juta.

 

Aktiviti jualan paling tinggi berlaku pada Jumaat dengan aliran keluar bersih RM238 juta, diikuti Khamis sebanyak RM175.3 juta, Isnin RM57.9 juta dan Selasa RM19.8 juta.

 

 

 

 

 

 

Sektor Pengangkutan & Logistik mencatatkan aliran masuk asing tertinggi sebanyak RM97.6 juta, diikuti Pembinaan RM48.1 juta dan Hartanah RM5.8 juta.

 

Sebaliknya, Perkhidmatan Kewangan mencatatkan aliran keluar asing tertinggi sebanyak RM173.5 juta, diikuti Produk & Perkhidmatan Perindustrian RM115.2 juta dan Perladangan RM92.2 juta.

 

Institusi tempatan serap jualan asing

Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih RM451.1 juta, manakala pelabur runcit tempatan kekal sebagai penjual bersih untuk minggu kedua dengan aliran keluar RM13.8 juta.

 

Purata nilai dagangan harian meningkat dalam kalangan pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing sebanyak 35.4% dan 24.1%, manakala aktiviti dagangan institusi asing menyusut 5.2%.

 

Di lapan pasaran Asia yang dipantau MBSB Research, pelabur asing meneruskan jualan bersih untuk minggu ketujuh berturut-turut dengan jumlah aliran keluar asing mencecah AS$3.64 bilion.

 

India mencatatkan aliran masuk asing tertinggi, diikuti Taiwan, Vietnam dan Indonesia. Korea Selatan pula merekodkan aliran keluar terbesar, diikuti Thailand, Malaysia dan Filipina.

 

Nasdaq terajui kenaikan pasaran global

Pasaran saham global secara keseluruhannya mengukuh apabila 17 daripada 20 indeks utama yang dipantau MBSB Research ditutup lebih tinggi minggu lalu.

 

Nasdaq mencatatkan kenaikan terbesar sebanyak 5.2%, diikuti S&P 500 yang meningkat 3.6% dan ASX 200 Australia sebanyak 3.2%.

 

Sebaliknya, KOSPI Korea Selatan mencatatkan prestasi paling lemah dengan kejatuhan 5.1%, diikuti Indeks Hang Seng Hong Kong yang susut 0.8% dan Indeks SET Thailand yang turun 0.7%.

 

 

 

 

 

 

Dolar Amerika Syarikat mengukuh sedikit sebanyak 0.1% berbanding ringgit minggu lalu untuk ditutup pada RM4.0912.

 

Harga minyak mentah Brent pula merosot 7.3% kepada AS$83.55 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) meningkat 0.7% kepada RM4,677 satu tan. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved