HMI Medical labur lebih RM400 juta bina hospital swasta pakar 300 katil di Kuching

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 5:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

HMI Medical labur lebih RM400 juta bina hospital swasta pakar 300 katil di Kuching Image from: HMI Medical labur lebih RM400 juta bina hospital swasta pakar 300 katil di Kuching liza10/08/2026 - 17:19 Majlis pecah tanah hospital dengan kapasiti 300 katil itu disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Ogos – HMI Medical, kumpulan penjagaan kesihatan serantau memulakan pembinaan Hospital Pakar Regency Kuching yang dijangka mula beroperasi pada 2029 dengan pelaburan fasa pertama melebihi RM400 juta.

 

Hospital pertama HMI Medical di Sarawak itu akan dibangunkan sebagai hospital pintar (SMART) bertaraf tertiari yang menggabungkan teknologi perubatan canggih, sistem digital berhubung serta aliran kerja klinikal pintar bagi menyediakan rawatan pakar berfokuskan pesakit.

 

Majlis pecah tanah hospital dengan kapasiti 300 katil itu disempurnakan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang turut menyatakan sokongan terhadap pembangunan hospital berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kapasiti penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pakar di negeri itu.

 

 

 

 

 

Terletak di kawasan perbandaran Northbank, Kuching, hospital itu akan dibangunkan dalam dua fasa. 

 

Fasa pertama membabitkan pelaburan lebih RM400 juta, manakala fasa seterusnya akan menambah kapasiti serta beberapa pusat kecemerlangan mengikut keperluan penjagaan kesihatan pada masa hadapan.

 

Antara kemudahan yang dirancang termasuk pusat kanser komprehensif, wad pintar, dewan bedah berteknologi maju, unit rawatan rapi serta kemudahan diagnostik dan rawatan bagi menyokong penjagaan pesakit oleh pelbagai disiplin pakar.

 

Hospital Pintar Dengan Kemudahan Pakar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HMI Medical, Chin Wei Jia, pembangunan hospital berkenaan merupakan langkah kumpulan itu terhadap peningkatan keperluan penjagaan kesihatan di Sarawak.

 

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi negeri yang berterusan, pertambahan penduduk, hubungan yang semakin baik serta peningkatan pelaburan mendorong permintaan lebih tinggi terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti.

 

t

 

“Keperluan rawatan yang semakin kompleks turut memerlukan kapasiti penjagaan kesihatan lebih besar dan keupayaan perkhidmatan pakar yang lebih kukuh di Sarawak.

 

“Hospital Pakar Regency di Kuching ini adalah antara inisiatif HMI Medical terhadap pertumbuhan pesat dengan memperluas akses kepada rawatan lanjutan serta menyokong kesejahteraan jangka panjang masyarakat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pembangunan hospital baharu itu turut dibina berdasarkan pengalaman HMI Medical selama 28 tahun dalam sektor penjagaan kesihatan, termasuk pengalaman klinikal dan operasi Hospital Pakar Regency di Johor serta Mahkota Medical Centre di Melaka.

 

Kukuhkan Potensi Pelancongan Perubatan Sarawak

Kedua-dua hospital berkenaan merupakan ahli elit Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan mempunyai pengalaman luas dalam memberikan rawatan kepada pesakit tempatan serta antarabangsa.

 

Ia akan menjadi asas kepada Hospital Pakar Regency Kuching untuk menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar yang lebih dekat kepada penduduk di kawasan itu selain menyokong potensi Sarawak sebagai hab pelancongan perubatan.

 

Berdasarkan laporan awam, jumlah pelancong kesihatan yang berkunjung ke Sarawak meningkat daripada 64,393 orang pada 2023 kepada 76,796 orang pada 2024.

 

 

 

 

 

 

Jumlah itu kemudian melepasi 104,000 orang pada 2025, dengan Kuching merekodkan sebahagian besar daripada ketibaan pelancong kesihatan tersebut.

 

Pertumbuhan berterusan berkenaan mencerminkan peningkatan permintaan terhadap rawatan tertiari dan perkhidmatan pakar, sekali gus membuka ruang kepada kemudahan baharu seperti Hospital Pakar Regency Kuching untuk memperkukuh tawaran penjagaan kesihatan Sarawak kepada pesakit tempatan dan antarabangsa. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved