Pelajar 14 tahun maut disambar petir ketika pulang memancing

13 Oct 2026 • 9:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelajar 14 tahun maut disambar petir ketika pulang memancing

SHAH ALAM, 13 OKT: Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika dalam perjalanan pulang selepas memancing di kawasan bendang berhampiran Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas petang semalam.

Mangsa, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan dan sepupunya sedang berjalan menuju ke motosikal selepas memancing di kawasan berkenaan dalam keadaan hujan semakin lebat.

Sepupu mangsa, Mohd Haziq Qoyyum Rosli, 12, berkata arwah pada mulanya enggan pulang kerana masih seronok memancing, namun akhirnya akur selepas dua kali diajak berikutan keadaan cuaca.

“Kami hampir sampai di tempat parkir motosikal apabila tiba-tiba kilat menyambar arwah yang ketika itu membawa jorannya.

“Saya bersama dua lagi rakan yang berada di belakang arwah turut rebah sebaik sahaja kilat menyambar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Mohd Haziq berkata, dia kemudian bangun dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergegas pulang ke rumah untuk mendapatkan pertolongan selepas melihat sepupunya terbaring.

Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Hadi Abdul Ghani, 60, berkata dia hanya mampu memangku anak lelakinya sebaik tiba di lokasi kejadian.

Abdul Hadi berkata, dia reda dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved