Pelajar 15 tahun diperintah jalani khidmat masyarakat 90 jam

30 Sep 2026 • 3:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pelajar 15 tahun diperintah jalani khidmat masyarakat 90 jam

SHAH ALAM, 30 SEPT: Pelajar lelaki berusia 15 tahun diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 90 jam dalam tempoh enam bulan selepas mengaku salah merogol kenalan wanitanya, dua bulan lalu.

Mahkamah Majistret Batu Pahat menjatuhkan hukuman itu selepas pengakuan tertuduh terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Majistret Mustaqim Sukarno turut mengenakan bon jaminan RM1,500 terhadap tertuduh berserta beberapa syarat.

Antaranya, tertuduh dikenakan sekatan keluar rumah antara jam 9 malam hingga 6 pagi selain perlu berunding dengan guru kaunseling sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan.

Tertuduh juga diarahkan melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak dua kali sebulan.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa merogol kenalan perempuannya berusia 14 tahun dalam sebuah bilik di sebuah stadium di Batu Pahat pada jam 10.30 pagi, 5 Julai lalu.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) berhubung seorang remaja perempuan yang didakwa dirogol rakan lelaki dikenalinya.

Siasatan mendapati mangsa sebelum itu berjumpa tertuduh untuk berjoging bersama-sama di kawasan tasik.

Selepas selesai berjoging, kedua-duanya berehat di sebuah stadium sebelum tertuduh menarik tangan mangsa dan membawanya ke sebuah bilik yang tidak berkunci sebelum melakukan perbuatan berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim manakala tertuduh diwakili Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved