Pekerja lompat kaunter, kedai disamun lelaki berkapak

7 Oct 2026 • 12:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pekerja lompat kaunter, kedai disamun lelaki berkapak

KLANG – Seorang pekerja kedai runcit berdepan detik cemas apabila didatangi lelaki bersenjatakan kapak dalam kejadian samun kedai runcit di Rantau Panjang di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi menyebabkan pekerja lelaki berusia 19 tahun itu melompat kaunter juruwang sebelum beredar keluar.

Insiden tersebut turut tular menerusi video di aplikasi Thread.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan mendapati suspek bertopi keledar dan bersenjatakan sebilah kapak masuk ke dalam premis dan melarikan sejumlah wang tunai.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menggunakan motorsikal jenis Yamaha Lagenda dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

” Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan, ” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau video yang tular diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Klang Utara, Inspektor Norabsah di talian 014-715 3307. – KOSMO! ONLINE

The post Pekerja lompat kaunter, kedai disamun lelaki berkapak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved