Bas hilang kawalan: Seorang penuntut IPTS maut, rakan parah

28 Sep 2026 • 6:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut manakala rakannya parah dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan USJ 1, Subang Jaya dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.34 pagi itu, sebuah bas dipercayai hilang kawalan dan merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa serta tiga kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, bas dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun itu dari Persiaran Subang Mewah menghala ke Edumetro.

“Pemandu bas dipercayai hilang kawalan lalu melanggar motosikal dinaiki dua individu yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

“Bas itu kemudian melanggar sebuah kereta yang diparkir di bahu kiri jalan sebelum merempuh dua lagi kenderaan di hadapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa ialah lelaki warga asing berusia 19 tahun yang juga penuntut sebuah IPTS di ibu kota.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat

Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Inspektor Mohd Faizul Ahmad Suhaimi di talian 019-4757385.-UTUSAN

The post Bas hilang kawalan: Seorang penuntut IPTS maut, rakan parah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved