Pelajar buat penstriman langsung lancar serangan senjata api di sekolah

18 Aug 2026 • 12:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar buat penstriman langsung lancar serangan senjata api di sekolah

MANILA – Seorang pelajar sebuah sekolah menengah rendah di selatan Filipina ditembak mati hari ini sebelum suspek bertindak mengambil nyawa sendiri, kata datuk bandar tempatan.

Insiden tembakan di sekolah kedua di Filipina dalam tempoh dua bulan itu berlaku di Universiti Ateneo de Zamboanga,  sebuah institusi swasta Katholik di barat Pulau Mindanao.

“Seorang (pelajar tingkatan satu) berjaya masuk dengan membawa senjata api berkuasa tinggi dan pistol kaliber .45,” kata Datuk Bandar  Zamboanga, Khymer Olaso  kepada  stesen radio tempatan.

“Dalam klip video tersebut, kita dapat melihat dia terlebih dahulu menembak ke arah guru yang sedang duduk di meja,” kata Olaso, merujuk kepada rakaman video yang disiarkan oleh media tempatan. 

“Nampaknya tembakannya tersasar, kemudian dia berpindah ke bilik lain dan  menembak seorang lagi pelajar di sana dengan mangsa  jatuh tersungkur.

“Dua yang lain turut cedera  sebelum penyerang mengambil nyawa sendiri,” tambahnya.

Pihak sekolah mengesahkan secara berasingan bahawa terdapat dua kematian.

Dalam satu klip video yang ditularkan media tempatan dan dipercayai disiarkan secara langsung di laman Facebook, muncung senapang penyerang kelihatan bergerak di sepanjang koridor dalam  gaya permainan video penembak pandangan pertama (first-person shooter) sebelum diacukan ke dalam bilik darjah dengan tembakan dilepaskan.

Kanak-kanak berseragam sekolah kemudian dilihat menjerit dan bergegas menuju ke pintu keluar.

Akaun Facebook suspek penembak telah dinyahaktifkan sejak itu.

Insiden tembakan di sekolah jarang berlaku di Filipina, manakala Ateneo de Zamboanga baru sahaja melakukan  latihan simulasi penembak aktif pada bulan lepas.

Pada Jun lalu, tiga pelajar remaja terbunuh dan 20 yang lain cedera dalam satu lagi insiden tembakan di tengah Filipina. – AFP 

 

The post Pelajar buat penstriman langsung lancar serangan senjata api di sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved