Buli: Pelajar tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran

LocalFamily & Parenting
18 Aug 2026 • 4:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buli: Pelajar tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran

SHAH ALAM – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera pada leher dan tengkuk serta berisiko kehilangan pendengaran selepas didakwa dibuli dan dipukul di sebuah sekolah menengah di sini, minggu lalu.

Lebih menyedihkan, kejadian itu turut menyebabkan mangsa berusia 15 tahun mengalami trauma serius sehingga banyak berkurung di dalam bilik, selain kurang selera makan dan bercakap.

Ibunya, Nurhaswaty Zamani, 43, berkata, anak tunggalnya itu mengadu mengalami kesakitan terutama pada bahagian telinga selepas kejadian berkenaan pada Rabu minggu.

“Apabila ditanya, dia mendakwa telah ditumbuk seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dari belakang hingga terjatuh di sekolah itu, kira-kira pukul 8.30 pagi hari sama.

“Terkejut dengan perkara itu, saya dan suami pergi menemui pihak sekolah sebelum membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurutnya, anaknya kemudian dirawat di Hospital Shah Alam selama tiga hari selepas mengalami kecederaan pada leher dan tengkuk, manakala doktor mengesahkan dia berisiko kehilangan pendengaran tahap sederhana di telinga kanan dan memerlukan pemeriksaan susulan.

Nurhaswaty berharap Kementerian Pendidikan dan polis menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

 

The post Buli: Pelajar tingkatan 3 berisiko hilang pendengaran appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved